SAYA PUNYE BLOG

Saturday, May 4, 2013

My E'day story

Assalamualaikum semua.
Lamanya tak megarang esei di blog sendiri.hehehe cause tak da apa-apa yang menarik untuk dikongsi.alhamdullillah dengan penuh kesabaran dan dugaan yang pelbagai akhir nya kita dah jadi tunangan orang hihi.bukan nak kecoh ataupun  mengheboh kan.just i want to share My story yang agak funny sebelum terjadi nya majlis E'day ni.
(dah mula teringat dan senyum simpul).
KLAKA+LAWAK ^_^

rasa nak tunang je pun.tapi mashaALLAH rasa berat sangat nak bagitahu family.macam-macam drama yang terlayar kat kepala ni.kunon lah huhu.macam-macam ayat nak cuba.punya lah kan,takut nak bagitahu mak.biasa lah kita perempuan apa-apa selalu ber'share dengan mak kan.
semua macam tu ye dak.
but one more thing(pasal nak tunang)agak berat sikit untuk bagitahu dan berterus terang dengan mak sendiri.sebab nya:

1)of cause lah kan pertama-tama nye malu yang teramat sangat.tak tahu lah kenapa.pelik kan?masalah yang susah sangat nak heandle time tu.

2)emmmm sebabnya titew belum lagi balas jasa-jasa mak.tup-tup dah nak tunang.simpanan pun tak berapa nak hado lagi.mesti mak terkejut nanti.macamane ni?macamane ni?ayat yang selalu gak lah keluar dari bibir bak delima ni(kunon,ketawa)

3)pastu fikir ish kalau bagitahu ni mak bagi tak nanti ni.ala nak bagitahu ke tak ni.nak bagitahu ke tak ni.kenapa lah susah sangat ni.ala macamane ni,tangan and badan peluh-peluh da.ala tak kira nak bagitahu jugak.tapi last-last tak bagitahu jugak.

 4)kalau bagitahu takut mak sedih sebab nya fikir,,,urmmm macam-macam lah sampai nak ingat kan balik pun tak larat dah nak taip.(tak pe lah just keep in my memories)

macam-macam kan.ingat kan kita sorang je.yang empunya diri di sana pun sama jugak
(now mr.myfiance)
keadaan yang lebih kurang sama jugak lah dengan kitanye.peluh-peluh,tangan mengeletar,tetibe mulut tak terkeluar benda yang nak dibagitahu.tapi keluar benda lain yang langsung tak de kene mengena dengan nak bertunang,tertanguh-tanguh niat dalam hati,cuba mencuba menyusun ayat hahhaha buttttttttt 'zerro'.selamat jalan lah jawab nya.terkubur suci dalam debu upsss.bukan senang tau.
tak tahu lah kenapa dengan kitaorang ni.nak kata kan 1st time memang lah kan.tapi tengok orang lain pun 1st time jugak tapi tak de lah "grazy" macam kitaorang ni.telampau mengeletar sangat.

usaha masih dijalan kan tau makan bertahun jugak lah(kunon).doa selalu tak tinggal.
 "ya allah ya tuhan ku kau permudah kan lah urusan kami berdua ya allah.sesungguh nya kau maha mengetahui akan segala-galanya.kau beri kan lah petunjuk bagi ku.andai dia adalah jodoh ku permudah kan lah apa yang kami sedang rancang ini.seandainya dia bukan untuk ku.kau beri kan lah ketabahan bagi ku dan diri nya jua untuk menempuhi segala yang ditetap kan oleh-mu"
~sedih~

dannnnnn akhirnya.ambik hp baca bismillah banyak-banyak.duk tenung je nama my mum kat screen hp.emmm(dalam hati) nak tepon tak ni nak tepon tak ni.BISMILLAH..tot..tot..tot..
"hello assalamualaikum" wuaaa berdebar-debar nya.dup dap dup dap.haaaaaa tak bagitahu jugak just tanya khabar je.tapiiiiiii kannnn,,sebelum nak letak tetiba ada semangat yang luar biasa keberaniannya.terkeluar jugak kata-kata mutiara yang dah lama sangat tertanam dalam dasar hati ku ini(jiwang)

normaly seperti yang dijangka,terkejut+pelbagai soalan ditanya+soalan yang berulang-ulang kali di tanya+confuse betul atau tak=sampai mak and aku pun naik confuse.LOL kelakar lah.but my mum so happy akhir nya dan bagi green light.banyak sangat pesanan.tapi tak masuk satu pun sebab happy sangat kan.jahat tak??apa-apa pun alhamdullillah.


rancang nya bulan april.tu saja je ambik calender bulan april hoho.

and bermula lah start macam-macam benda nak buat and deco.kalo boleh nak hantaran macam ni pastu macam ni,nak pelamin macam ni pastu macam ni.pastu nak letak macam ni.macam tu pun ok jugak.nak baju design macam ni.bermula lah plan nak pergi gulatis.da sampai duk pening pilih jenis kain nak yang macamane.rupanya susah jugak.kan senang banyak duit suh je lindarahim buat kan ke kan(berangan).macam orang lain jugak mesti nak apa yang kita angan-angan kan.nak-nak nama nya pun perempuan.

da lah jom cerita kisah lain pulak coz dah boleh tunang da kan.memang lama da plan dalam kepala ni nanti kalau tunang nak buat macamane.alhamdullillah dipermudah kan.buttt hahaha tak habis-habis lah duk teringat benda yang lalu.last-last dapat gak tunang.dugaan takut berbalas dengan happy news.ok dah jom scrool dwon.

taraaaa just see>>>>>>



paper fun ni actually aku suka sangat memang nak sangat letak kat pelamin.ada masalah sikit dengan yang pandai mendeco pelamin so belajar perlahan-lahan buat sendiri.i feel batter.


 kalau nak lain sikit ambik lah punch lubang2 kan tepi-tepi dia 2 ok jugak.ataupun gunting macam bentuk dalam gambar ni pun ok.


tengok tetiba dah banyak kan.hehe ni kawan-kawan pun tolong tau.bila tak de patient je kitaorang buat paper fun ni.yang tengah ni beli just tampal je kat tengah tu.ok tak ok tak.


siap design lagi tau nak deco pelamin.nak yang macam ni lah.idea keluar terus lukis.mudah-mudahan berjalan seperti yang dirancang.amin.

pastu nak tunjuk baju pulak jommmm>>>>



tema baju nak dress tapi memandang kan kain tak cukup so jubah pun ok.


ni bilik rumah sewe kita tau nampak lah suasana bujang sikit :)dah ada baju tapi duk pening nnt nak pakai selendang tu gaya yang macamane.belit punya belit.rasa nya sesuai yang macam ni lah.~senyum~


salah satu prob yang ada untuk tema pelamin aku.english style.
kalau nanti-nanti korang nak buat pelamin yang ala-ala tema english style bole je buka fb super wedding cun banyak sangat prop yang cantik cute-cute.sure geram lah.sebab kita pun sewa je kat dia.salah satu barang yang kita sewa arabic latern yg kat bwh tu dan stand sweet family(kusi ni lah).bunga-bunga ni beli tau.mahal huhu tapi puas hati.


paper fun yang dah siap di tampal.geram sangat paper fun ni tak mau lekat gn double tape.dia nak kita cucuk kan dia gn jarum.tapi kena hati-hati.tercucuk nanti tangan jemah :)


bola rumput ni pun titew sewa gak(baby lah sangat gaya cakap)murah je 2pasang RM10.kat super wedding cun jugak.


fairylight yang terlalu banyak al-kisah nya.meh nak cerita.tak tahu pulak sebenar nya lampu kelip-kelip ni susah ghupenya nak cari.tapi time raya bersepah je tengok huhu.puas tanya mana-mana kedai lampu semua tak tak tahu gaya  lampu kelip-kelip yang aku nak ni.bayang kan dari shah alam ke klang,klang ke JJ bukit raja,JJbukit raja ke ole-ole.ole-ole patah semula ke klang.semata-mata nak gak benda alah ni.berhenti sume kedai lampu.bila tanya.tak tahu,g kedai lain.buat hal pulak kedai tu.nak g meeting pulak.time tu rasa down sangat.nak nangis.g pulak kedai sebelah bila tanya ada ke patut dia jwb.kat ICT ada.terfikir-fikir,memang lah kat ICT tu penuh lampu tapi tak kan lah bole beli pulak lampu kat situ.~gila~upss marah sangat time tu.last-last cari yang dekat-dekat sini je kat PKNS.ada fuhh sek bek.thanks ayu.kawan kita yang teman and suggest kan."cuba cari kat sana rasa ada".tengok betul ada.gembira sangat jangan cakap lah senyum je.sebab da jumpa apa yang di nak kan.memang banyak sangat dugaan tapi nak gak macam yang di impi kan so kene berusaha dan sabar.betul tak??
ata nak macam dalam yang design tu gak.kene lah ada fairylight nya.da dapat macam ni lah keadaan nya(seperti di gambar)


create hand by abang kita.kalau aku yang suruh sure mesti tak nak nya.malas nak layan kunon nya.ni sek bek lah pujukan isteri dia menjadi.so ni lah hasil nya.tq bro.

segala-segalanya ni lah hasil nya.nak tengok lagi banyak meh jenguk kita nya fb iera-iera sakura.



simple but i like.b'cause this is my deco.



yeaaaaa kita dah tunang jom layan lagi gambar
smile always.


ku ke kiri.


ku ke kanan


 deco pelamin yang lebih jelas kot.nanti-nanti korang boleh lah cuba gak.


 retis sangat.siap ada interview lagi.


alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar.segala-galanya telah tertulis.ada hikmah disebalik segala dugaan dan yang takut-takut tu(senyum).jodoh pertemuan segala ditangan yang maha Esa.mudah-mudahan kami tabah dalam mengharungi dugaan menuju halal-mu. 

Saturday, July 21, 2012

handkraf made iera-iera sakura

assalamualaikum ^_^
Haaa hari ni start  puasa da.Kesempatan ni aku nak ucap kan selamat mengerjakan ibadat puasa pada semua umat islam diseluruh dunia.Mudah-mudahan ibadat puasa kita semua sesempurna mungkin dijalani dengan niat kerana Allah ta'ala.Amin ya rabb.Rasanya semua kawan-kawan and yang lain semua balik kampung kan?cause nak sambut bulan mulia ni bersama family tersayang termasuk lah kawan-kawan serumah aku ni.So aku keburu kebosanan lah jawab nya(loghat indon mali) duk fikir esok nak bangun pukul berapa,nak masak apa,nak makan apa

Padahal bukan 1st time pun macam ni.Cuma ngada-ngada gedik je huhuhu.Bosan sangat lah ni,kemas-kemas barang lah aku ni,kemas bilik lah aku ni,duk lipat gini duk lipat gitu.Tak hingat ni esok kena bangun awal bersahur.Jangan tak sedar da ngee.Last-last tangan aku ni laju je duk mengubah hantaran.Opsss eh silap lah ^_^.Duk nak jadi tetiba datang mood kreatif.Jari jemari and tetangan berlari-lari anak susun and tempek-tempek ikut kreatifiti tersendiri.seni kot.Aku suka lama tak buat.

Cute tak..hari tu buat da tapi ni klip pulak dua ribbon disitu^_^

Taken difrent site pulak tapi tengok macam sama je ek.Tak pe lah kan heheh

2nd projek gantung kat sini pulak.Aku suka kartun ana muslim ni.Cute 99x
yang buah stawbery tu orang bagi,nak manfaat kan so tempek je sekali.Nampak cantik pulak ^_^

3rd projek.Lipat-lipat scaft sampai jadi bentuk ribbon.Actually scaft ni ada kat baju yang aku beli kat on9 tapi macam tak sesuai je scaft ni ada kat baju tu.Cause aku kan bertudung,emmm no need lah rasa nya.Ok je tengok ek jadi ribbon.

Meh ni nak tunjuk sekali dua-dua

Saya kan nurse so wajib ada kat rumah benda alah ni.Walaupun tak secantik and tak sesempurna jual kat farmasi tu.Tapi aku puas hati  sebab ia hasil dari tangan aku.Biar comot pun huhu


klip-klip yang ada lebih tu aku just sepit kan je kat langsir.Dari tak guna.Letak je kan.Tak de lah bosan sangat kalau bilik aku suram je.Da lah kala putih cat dinding nya.

Sunday, June 24, 2012

maaf??mudah ke?

Assalammualaikum..terima kasih pada yang sudi baca blog ierasakura huhu^_^..

Bila cakap tentang kemaafan ni setengah nye mungkin berhati mulia,sekelumit pun tak de langsung simpan dalam hati.Tapi setengah nye susah dan amat liat nak memafkan sesorang.Kenapa ye?Selalu tuding jari dan tanye pada diri sendiri.Kerana diri adalah salah sesorang sebahagian dari nye.Bukan busuk hati,bukan juga hati penuh dendam tapi...urmmm bila orang mintak maaf..contoh nye macam ni "iera maaf sangat tak sengaja kita lupa kan semua ye".(pergaduhan macam budak-budak yang membawa kepada terjadi nye sejarah ni)-tak bertegur sapa-
Terus hati rasa sebak dan terharu tak terkata.Tanpa sedar angguk lemah dan kata "ok" SENYUM.
Tapi bila difikir-fikir kan dan terus fikir pastu fikiran terus dikuasi anasir yang tak diundang-SYAITAN-
Terus rasa down,menyesal,marah,tak suka,eee meluat(astagfirullah) and entah apa2 lagi.so hati jadi tertanya-tanya kenapa ye maaf kan die? -muka monyok-

Oh sahabat rupa-rupa nya hati ni tak ikhlas memaaf kan diri kamu.berdosakah??
urmm layak kah mahu bertanya lagi??
urmmm i don't no :( (buat muka sedih)-terus fikir sifat mulia nabi muhammad S.A.W-

sedaya upaya untuk lupakan.Ambil yang jernih buang yang keruh.emm tapi..................mampukah..
Rasa da macam childish je kan.Ayark gaduh-gaduh.macam terbalik ke zaman 80an je.Time tu jangan cakap lah.Mengaku sangat teramat kebudak-budakan.


ada x ghupa aku kalau mintak maaf gini-kelakar-

ya allah berikan hamba mu pentunjuk dan hidayah
 peace no war ^_^

p/s untuk diri sendiri:maaf kan lah hati akan tenang..isyaAllah.Doa kan.

i can do it.~sebak~ngeeee

babai thanks..


Monday, January 23, 2012

Jom Makan Bismillah...

assalamualaikum semua.
 

taraaaa..hari ni tetibe mood rasa macam nak update blog.
so aku berhasrat nak entry mengenai menu masakan import khas dari air tangan halus mulus aku ni
wueekkk perasan.so acaccane adakah korang semua terbuka selera sekarang.:) 
memang saja pun nak bagi semua kecur liur sikit hehehe.
sungguh aku cakap firts time belajar buat masakan sayur kangkung belacan dan kepah sweet soure ni.
aku tak sangka rasa nye sedap macam ni  (isyarat best sangat dari ibu jari aku kewkew) 
memang terbaik dari ladang lah weh :)



segala cili semua melekat and terselit disana sini kan.
memang tak boleh nak dinafikan lagi lah ye tuan tuan puan puan semua.
(ala ala chef wan da) memang menu aku ni sangatttttttt pedas gilaaaaaaa.
suka sangat.baru orang nogohoie:)


percubaan memahir kan diri didapur dan memasak kini telah menapak kan hasil.
sekarang boleh lah aku membangga kan diri.weiiiii aku pandai masak 
da bole lah kawin lepas ni LOL.GILA.
urmmm tapi betul lah kan orang tua-tua selalu cakap nak tambat hati suami macam ni lah caranye.
si isteri kene ringan tulang ke dapur.masak makanan penuh dengan kasih sayang.insyaAllah berkekalan rumahtangga hingga akhir hayat.nak-nak hari-hari si isteri masak makanan kegemaran suami lagi lah bertambah++++++ sayang kan.


"macam ni lah orang sopan santun makan" :)
permintaan pasaran kelaparan terlalu tinggi dan krital oleh my stomach.
so terhasil lah momentem kulit kepah tanpa isi nya.
satu pun tak tinggal semua nya habis licin sampai mejilat jari.
so masih terbayang-bayang sampai sekarang ni 
betapa amat berselera sangat aku time tuh memang tak hingat lah kan! 
puas sangat rasa bila kita masak sendiri dan menjadi masakan tuh.amat-amat berbaloi.
jimat sikit duit aku.


sama tak rasa-rasa nya dalam buku masakan ni dengan aku nye kepah masak sweet sour ni.
macam sama je kan.macam twins je kan hehehe.sukses kan(loghat indon)


ni lah dia buku yang amat berjasa pada aku selama ni :) 
nak seribu daya tak nak seribu dalih kan.
dulu malas sangat nak belajar masak terlalu banyak sangat alasan.
macam ni lah macam tu lah.
tapi alhamdullillah terbuka dah pintu hati aku sekarang.rajin dah masak 
sebab nya nanti tak rajin masak perut nangis-nangis lagu blues dikir barat ahaks.
aku jugak yang susah.
ok sampai sini je lah.aku nak undur diri dulu salam.


Monday, January 2, 2012

Gemercik Kalbu Diadaptasikan Dari Novel Tulisan Penulis Anis Ayuni.

Assalamualaikum semua..
Haiiiii..urmmmm nak cerita ni.Adakah korang peminat membaca novel? Adakah korang semua tahu and perasan tak?sekarang tv3 akan menyiar kan drama slot akasia bertajuk "GEMERCIK KALBU"yang mengantikan drama tentang dhia.  Yang memang sedih sangat tu kan.Perasan tak korang drama ni hasil dari adaptasi NOVEL GEMERCIK KALBU.


taraaaa macam ni lah ghupe nyeee.novel gemercik kalbu aku ni.  

Dan perasan tak korang semua iklan-iklan "drama gemercik kalbu" akan di tayang kan setiap hari isnin sampai hari khamis jam 7 malam ni.So semua nanti terpacak lah layan drama ni ek.Memang macam ni(BEST).Nak tahu bila iklan tuh keluar je kan.Terus aku agak terkejut beruk lah jugak.Cause memang aku tak sangka dari novel dieorang buat drama pulak.Memang cakap dengan korang lah kan novel gemercik kalbu ni memang syok gila,romantik gila.selalu gak dulu time sekolah duk layan  novel gemercik kalbu ni berangan tak sudah nak kekasih macam hero dalam novel ni kan.wahhhh aku poyo gila kot zaman dolu-dolu.Huhu malu rasa.Anyway sesape yang tak berkesempatan baca novel ni lagi tak pe lah,cuba layan tengok dulu drama ni macamane.Gerenti hudren percen lah kan.
sure korang suka punya.mudah-mudahan lah kan kalau pengarah drama ni tak ubah apa-apa.


 macam biasa lah kan ini novel aku yang punya kew..kew..:)

Tapi ye ke tak ubah apa-apa jalan cerita dia kan.Tak pe lah kalau dieorang ubah sekalipun aku harap still lagi jalan cerita dia menarik,tertarik and memang
 de'BOMB GITUKAN! perasan tak sekarang dah jadi  trand pulak kan semua pengarah buat cerita dari novel kan.ombak rindu lah,stanza cinta lah,kasih yang suci,urmmm apa lagi ek.Tak kisah lah yang penting memang banyak lah sekarang kan..Dah macam berebut-rebut dah pengarah ni nak buat drama dari novel kan.Tapi ok lah kot,senang nak tarik para penonton agak nya.Memang betul pun!kan..kan..And lastly aku nak bagaitahu korang perasan tak aku dari tadi menaip asyik taip ~ perasan tak,perasan tak ~.heehhe tak pe lah kan korang.Ok sampai sini dulu ek.Nanti jumpa lagi Babai guys!

Friday, December 16, 2011

Kek Batik Awwwww

assalamualaikum.hye!


taraaaaa...kembangkan segala kepak tangan aku ni.cause nak bagi korang buka mata luas-luas tengok puas-puas aku nya kek batik ni.smooth and silk je kan.cehhh puji diri sendiri nampak.so korang-korang,ni lah hasil nya kek batik aku yang heboh kecoh sejak dua menjak ni aku nak buat.akhir nya tercapai gak hajat aku nak belajar buat kek dengan bantuan sepenuh oleh cik min(kawan aku).amat berterima kasih pada dia huhu.alamak terkeluar lah pulak aku nya kek batik ni.memang tak de seni langsung pun hias-menghias ni.amacam menyelerakan tak.TEPUK DADA TANYA SELERA.bila makan sungguh sedap.nyum..nyum..nyum..


ok sila kelip-kelip kan mata korang.LOL.dap nya dap nya kan..kan..kan.sila angguk.ni kek aku dari pandangan dekat.cantik nya kan akn.aduiii aku ni tak habis-habis puji diri sendiri lah.sebab nya aku macam tak percaya lah aku buat and belajar buat kek batik ni.1st terus jadi comel macam ni.sayang je nak makan.da lah takmo cakap-cakap,kembang kempis hidung segala puji diri sendiri,takmo taip-taip dah.sekarang cuma nak bagi korang semua jamah mata je tengok aku nya kek batik menarik tertarik memang de'bomb ni LOL.


zoom terus ala ala blur gitu nyah..aww


arhggggg upsss kenyang dah makan kek batik ni.sedapppppppp huhu:)


bye korang.
selamat menjamu mata.mudah-mudahan kenyang semua.

Friday, December 9, 2011

Selamat Bertunang.Selamat Pengantin Baru lah

assalamualaikum.
dipagi hari jumaat penghulu segala hari.terdetik pulak tiba-tiba jari jemari aku ni nak update blog mengenai semua kawan-kawan tersayang aku yang da berumahtangga dan bakal akan membina masjid.alhamdullillah mudah-mudahan kekal hingga akhir hayat kan.bukan itu yang semua harap juga betul tak.ok good boy and good girl.

 EJA&ARIL
ni kawan baik aku panggil dia eja pun bole.rosnieza pun bole cause tuh nama penuh dia.sila pilih mana satu nak panggil.hahaha sorry aku sedikit mengarut.
eja express sikit lah dari banyak-banyak kawan aku sebabnya..sebabnya...nak cakap tak ek.takut lah eja marah upsss heheehe b'coz eja bertemu jodoh awal and muda sangat.seingat aku umur eja time tuh 18 or 19.lupa lah.anak eja pun sekarang da besar da.nanti eja boleh lah kita jadi besan.wuaaa hahha.rindu eja.
bahagia sangat kan

 LINDA&(NO NAME)~SEBAB AKU TAK TAHU NAMA SUAMI LINDA HOHO
ahakssss gedik kohkoh..ni lagi lah aku tak sangka bebeno kawan baik aku lagi sorang ni pulak menyusul mengikuti eja.kawin dah linda ni.tapi seribu kali sayang sebab aku tak dapat nak pegi sebabnya tarikh linda kawin sama jugak dengan my brother kawin.so alamat nya aku tak de lah dalam majlis dan foto-foto  gambar si linda ni.sedih aku wuhuaaaa.
so sweeet kan

ZAM&SITI
comel tak comel tak kawan aku sorang ni.jika ye give me 5 pap..pap..comel kan.ni punnnnnn dahhhhh kahwinnnnn baru-baru ni masih di mood honeymoon lagi tau.bahagia je tengok ek.amboi punya berseri-seri muka amat terserlah.wahai sahabat aku yang selalu buat aku  ketawa terbahak-bahak dan hilang segala kesopanan aku sejak azali wah ayatttt.
rindu ko TAHU!!!

aku saja bagi large sikit gambar ni.saje nak nunjuk hahaha.aku jauh terperosok di belakang nun di sana.eeee malu lah tengok.apa da hal kamu da jadi suami isteri yang sah.no hal lah huhu.
so terus kan

ARO&........(aku tak tahu)

cantik kan.aku suka sangat tengok segala deco warna pelamin aro ni.meriah gitu.i like!!so tuh aku dan kawan baik aku ni senyum memanjang.
kuwang..kuwangg

 AZMA&SEKALI LAGI AKU TAK TAHU NAMA JEJAKA SEBELAH AZMA
taraaaa ala ala ala ala tiuttttt cangat kawan aku ni kan.dah tunang da ni ha.sepadan sangat.mudah-mudahan apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar.tak lama lagi dapat lah aku rasa nasi minyak si azma ni you!
mintak-mintak sangat ni doa dalam hati sungguh-sungguh ni.dapat pergi majlis kawin azma.
dapat makan kenyang-kenyang huhu

p/s:hai kawan-kawan terlebih dulu aku mintak maaf ye sebab upload gambar korang tanpa bertanya and sebagainya kat korang semua.ohhh percayalah aku berniat baik tau:).maaf bebanyak tau.miss u all forever and ever.semoga korang bahagia disamping insan-insan tersayang.aku kat sini selalu doa kan yang terbaik untuk kawan aku semua.huhu tetiba sebak lah.ok lah kang tak pasal-pasal banjir pulak kang.

so aku pulak IRA&AYIP.
so aku no komen.bla...bla...:)

babai muchuk-muchuk korang.