SAYA PUNYE BLOG

Sunday, August 21, 2011

Aku Mencari Lailatulqadarmu

assalamualaikum


Ya allah ya tuhan ku..
Andai aku masih diberi kan waktu..
Hambamu ini ingin sujud bertahajjud padamu
Andai hambamu ini masih diberikan peluang
Hambamu ini teringin benar membasahi setiap ulas bibir ini
Dengan kalimah2 suci mu
Andai hambamu ini sering menghayati ma’arof nahi mungkarmu
Pasti kehidupanya disinari cahaya keredhaan yang tidak berbelah bahagi.
Andai hambamu ini tidak sentiasa berfikiran berlandas kan nafsu
Pasti diri ini tidak tersasar sejauh ini .
Sesungguhnya banyak peluang yang terbentang luas
Hanya mata hati sahaja yang mengelapkan ruang hati
Bila diri dah di tempa musibah baru terkial2
Mencari hidayah dari-Nya.

Amin…buka kan lah pintu hatiku kearah jalan yang diredhai mu..




Friday, August 19, 2011

Window Shopping


assalamualaikum

murah2 mari beli jangan malu dan segan!

Fuh lama nya aku tak ‘mengupdate’kan  diri aku 
di dalam bab-bab yang berkaitan  dengan shopping ni.
Gian gila ni nak pergi shopping.

Bukan nya nak menambahkan amal ibadat di bulan mulia ni.
Tapi kepala duk melayang ke arah lain
(tersenyum simpul macam kerang busuk)
Nak segar kan mata  dengan eye mo handbag mango,padini,guess,roxy and carlo rino…
Wah tak nak kalah..semua nak world je punye Brand.

 Sorry kasut terlebih sudah.

Padahal hal bila intai dalam wallet hancus habuh je ada…
Hahaha amik ko!
Miss u shopping like orang gilak…
Tunguuu the curve my fav shopping  place aku akan jenguk kau dan ratah semua isi dalam tuh…

Wednesday, August 17, 2011

Sabar Je Lah

Assalammualaikum

Apa ek korang rasa bila korang tengah tidur dengan syahdu nya.
Nyenyak seolah-seolah seperti baby yang beradu.
Tetiba terasa macam benda yang sedang bertakung di celah kedua-dua betis korang atas selimut.
Sejuk nya memang tak terkata.
Memang menganggu aku nya tidur.
 
 
Nah amik ko! bila aku buka je mata terjegil terus mata aku.
Air sirap bandung tertumpah atas kaki aku.
Blanket and tilam habis lecun dek air PINK.
Rasa nak telan je hidup-hidup roomate aku time tuh.
Al-maklum je lah tersedar secara mengejut dari tidur.
Kewarasan diri pun pada tahap kurang sedar.
SABAR JE LAH.




Tuesday, August 16, 2011

Made In Najjah

assalamualaikum..

1st time aku masuk dalam butik najjah ni..memang mata aku macam nak terkeluar je.
Semua design-design baju die memang wa lah!
Geram sangat-sangat.Rasa semua baju kat situ aku naKKK semua!!

Jubah Najjah by Farah Deeba RM24++

Emm tapi tak mampu lah kan.
Tapi lah kan aku lebih ke citarasa jubah yang berbentuk ala-ala gaun gitu..
comel lah..
Dari dulu aku berangan kalau aku dapat pakai jubah macam tu..
Akhirnya aku dapat gak.
Walaupun bukan yang sebijik macam yang aku nak tu.

Pada k.dayah mekasih banyak jadi photographer
and meck-up artis aku tanpa gaji


Bila tengok gambar ni..ok lah gak mata aku.
Tapi sakit masih rasa lagi lah kene tengeh dengan eye liner.

anak sape lah ni ek.sopan je aku tengok gambar ni.
i like!

Monday, August 15, 2011

Busana Muslimah

assalamualaikum.

Bahagia nya aku bila tengok busana muslimah dari najjah ni..
Alhamdullillah akhir nya aku miliki sepasang jubah idaman hati dari butik najjah..
Suka sangat..happy sangat..senyum menleret je sepanjang hari.

Raya tahun ni tema berjubah lah kita.

Jom nak cuci mata busana dari najjah ni..cannnntikkk semua nya.




cuma untuk baju heliza helmi ni je bukan dari butik najjah.
cantik sangat kan.

Wednesday, August 10, 2011

Mak Ai Tebal Nya

Assalamualaikum..

Seumur hidup aku lah kan..semenjak aku menjadi peminat setia baca novel ni..
Semua novel yang aku berkenan aku beli je...semua aku layan..
Ade yang best,ade yang boleh tahan ade yang mengantuk wuaaaa semua lah...
Tapi yang kali ni aku beli novel memang tebal gila lah..
Memang koleksi novel aku tak deh yang tebal macam novel ni.
Ni firts time aku beli..
Korang cuba lah baca jugak...best!
"BEST-SELLER KATANYA"

Dah aku nak layan jap novel tebal,menusuk kalbu ni..
Daaaaaaaaaaa...

Tuesday, August 2, 2011

ieyra-ieyra sakura: Aku Dapat Gaji Pertama!!!

ieyra-ieyra sakura: Aku Dapat Gaji Pertama!!!: "assalamualaikum semua! 30 july memang menjadi satu tarikh keramat bagi aku. sebabnya hari ni untuk pertama kali nya aku dapat gaji dari ke..."

ieyra-ieyra sakura: Indahnya Ramadhan

ieyra-ieyra sakura: Indahnya Ramadhan: "assalamualaikum semua! Tup tap..tup tap pejam celik dah nak puasa dah kan.ha!! yang masih ada hutang puasa tu dah ganti ke belum?? Cepat-c..."

Monday, August 1, 2011

Sahur Ala Perantauan

assalamualaikum...

Tadi sahur memang aku nak tergelak sungguh lah.
Punya lah aku bersemangat bangun dengan kudrat yang ada.
Duk plan dari malam tadi nak makan telur goreng dadar..Memang kalau dapat bau gorengan telur yang garing memang terangkat lah kan huhu..
Tapi harapan tinggal harapan.Angan-angan terus berkecai lah beb.Sebabnya gas dah HABISSSS!!!!!
Hampa hatiku...Last-last makan roti berteman kan air kosong jadi lah..
Itu pun sedap jugak.Paksa gak tekak aku ni telan.