SAYA PUNYE BLOG

Tuesday, May 17, 2011

IBU KAU RATU KEBANGGAAN KU..

assalammualaikum 
ibu...berdenyutnya  nadi  dan jantungku ini,demi kerana adanya dirimu..sempurnanya anak mu ini kerana sesempurnanya belaian kasih sayang darimu..yang menatang dengan penuh rasa cinta dan luhur.membelai-belai kasih yang tidak pernah terluak umpama air dilautan terhadap anak mu ini..ibu.. dahulu aku tidak pernah memahami akan perasaanmu,akan selautan kasih sayangmu yang kau limpahkan padaku,akan harapan yang begitu menggunung ingin menlihat aku menjadi anak yang baik ,solehah yang berjaya dunia mahupun di akhirat.aku mengabaikan perasaanmu kerana hari-hari ku,tiap masa dan waktu aku sentiasa disisimu,aku tidak pernah berenggang denganmu walaupun sesaat.kemana sahaja aku pergi dirimu sentiasa setia menemani ku.teringat aku akan peristiwa lalu,dirimu sentiasa menyokongku,memberi kata-kata semangat apabila aku gagal memasuki IPTA or IPTS.aku menganggur terlalu lama.aku menangis dirimu juga turut menangis.aku risau,gelisah memikirkan tentang masa hadapan ku.dirimu terlebih risau dan gelisah memikirkan masa hadapan ku subhanaallah oh ibu...aku amat menyanyangi dirimu..tetapi aku segera bangkit dari kesedihan.aku tidak mahu putus semangat mencuba apply dimana-mana intitusi swasta ataupun goverment.dirimu masih seperti selalu tetap setia menemaniku,duduk disebelahku memerhatikanku penuh sayu yang sedang leka mengisi borang permohonan.mungkin didalam hati mu tidak putus-putus berdoa agar aku diberi peluang menlanjutkan pelajaran..alhamdullillah akhirnya aku berjaya diterima memasuki sebuah kolej swasta,swasta pun tidak mengapalah.belajar juga namanya.ketika itu dirimu insan yang yang paling jelas terpancar raut kegembiraan dan kesyukuran yang tidak terhigga.dirimu membantu aku segala-segalanya dalam mempersiapkan diri untuk memulakan dunia baru ku..berjujuran air mataku menlimpah saat ditinggal seorang diri di hostel.menlambai-menlambai kepulangan ibu dan keluarga tercinta.kini aku harus menempuhi sendirian tanpa ibu disisi.satu persatu air mata aku gugur dan gugur lagi,bibir tidak henti-henti menyeru "ibu..ibu..ibu,.."jauh disudut hati berasa kesal dan bermacam-macam lagi perasaan yang menjenggah tanpa sebab yang pasti..ini lah pengalaman pertama ku berjauhan dari ibuku..serba serbi segalanya tidak kena,aku lapar siapakah yang mahu menyediakan untuk ku..jika bukan ibu ku,tetapi sekarang ibu ku tiada..aku sedih siapa yang ingin memahami jika bukan ibu ku..ku toleh kiri dan kanan mencari kelibat sesusuk tubuh ibu ku tetapi aku tidak kelihatan .terdengar bisikan suara hati sendiri "kau harus tabah wahai ira"tetapi mampukah aku.terbayang hidup disisi ibu selama ini cukup selesa,cukupvlengkap,cukup bahagia dan penuh kegembiraan.ibu aku amat-amat menrinduimu,saat ini baru ku sedar seksa nya berjauhan darimu.aku janji tidak akan mensia-siakan dirimu..apabila aku berjauhan darimu kehidupanku ini tidak lengkap tanpamu..apa-apa  sahaja yang aku mahukan dirimu tunaikan dengan sebaik-baiknya,dirimu dahulukan keperluan nak-anak mu daripada keperluan dirimu..jelas dapat ku lihat jika lebaran makin hampir,aku dan adik ghairah mahukan segala-galanya baru..dirimu berikan walaupun jauh disudut hati kerisauan ada didalam hati jika bajet lari.tetapi kami semua tidak memahami,begitu lah sucinya hati ibu yang mana sanggup kah kita suatu hari nanti menlayani ibu kita sebagaimana pernah berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya.apabila dipaksa baru lah ibu ku membeli juga keperluan untuk dirinya juga.ibu tidak dapat ku ungkapkan dengan kata-kata betapa aku amat sayang padamu..jangan tinggalkan diriku kerana aku masih memerlukan dirimu hingga keakhir hayatku.."ya allah kau panjangkan umur ibu bapaku dengan tubuh badan yang sihat amin..amin.."aku seperti kini kerana berkat doamu..dirimu yang sentiasa menyokongku di setiap sudut tepi kiri kanan,depan belakang atas dan bawah.terima kasih ibu..terlalu banyak jasa-jasa  dan pengorbananmu selama ini yang masih segar di ingatan ku.terlalu banyak pahit dan manis yang dilalui ibu bersama abah dalam membesarkan aku adik beradik..memang sifat semuajadi ibu sanggup bergolok bergadai demi kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya.apabila aku sedih ibu tahu tetapi apabila ibu sedih dan sengsara adakah aku tahu..aku mengeleng kepala,bijak ibu menyembunyikan perasaan agar sentiasa kelihatan tabah dan kuat dihadapan anak-anak.tidak mahu menjatuhkan semangat anak-anak jika menlihat sebutir air matamu tumpah..biarlah ketabahan luaran ibu itu sentiasa menjadi contoh pada anak-anaknya.kasih yang luhur nan suci yang dihulurkan sentiasa subur dihati anak-anakmu ini,janji anak-anakmu ini menjadi insan yang diredhai allah insyaallah..setiap malam embun-embun kepalaku ini dirimu tiup lembut menitipkan doa-doa indah .mudah-mudahan doa-doa yang ibu titipkan menjadi kenyataan dan dimakbulkan allah..wahai sekalian insan jangan dikau sesekali menderhakai ibu mu,berbuat baik lah kepada mereka selagi hayatnya masih dikandung badan..ibu telah bersusah payah ,menlahirkan kita,menyusukan kita,menjaga kita ,memberi perlindugan yang tidak pernah mengenal erti jemu dan menlakukan segalanya yang terbaik.ingatlah permulaan kita bermula nya dari ibu dan ayah.dan sesungguhnya jangan dirimu menutupi pintu hati mu untuk mendoakan kesejahteraan ibumu kerana allah akan menutupi segala pintu rezekimu..jasa ibu terlalu besar,tidak dapat dibayangkan dengan apa-apa jua bentuk dan perkataan,hanya ianya sentiasa dirasai olehku kehangatan kasih ibu..kenangan-kenangan dan apa jua sekali pun akan memjadi memori indah aku didalam hati ini,,tidak mustahil lah ibu sentiasa disanjungi,syukur ibu ku masih bernyawa bersama ku menlalui hari-hari yang indah...TERIMA KASIH MAK...